Tuesday, September 27, 2011

PUSAT SEHENTI PELANCONGAN DAN HOSPITALITI


Industri pelancongan dan hospitaliti Malaysia bakal melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran berikutan wujudnya Pusat Pendidikan Pelancongan dan Hospitaliti ( MyCenTHE ) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Universiti UCSI, baru-baru ini.

Pusat sehenti yang dikendalikan sepenuhnya UCSI menyediakan program berasaskan pekerjaan sebenar melalui kerjasama strategic dengan industry pelancongan utama di Malaysia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, berkata penubuhan MyCenTHE adalah inisiatif KPT melalui Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Nasional (PSPTN) bagi menyediakan latihan yang bersesuaian dengan pelajat institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum mereka menamatkan pengajian.

“Pemilihan UCSI bagi menerajui MyCenThe ini bertepatan memandangkan mereka memiliki kebolehan dan infrastruktur yang bersesuaian. Apatah lagi, fasa pertama Bandar pendidikan mereka di Bandar Springhill, Port Dickson akan siap tahun depan. MyCenTHE yang diletakkan dibawah cluster Projek Pengajian Tumpuan 10 (EPP 10) bukan saja menyediakan latihan secukupnya kepada pelajar bahkan member mereka peluang mendapat ganjaran setimpal bagi meningkatkan status social mereka”, katanya ketika melancarkan MyCenTHE di Putrajaya, baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Pengerusi Kumpulan UCSI, Datuk Peter Ng; Ketua Pengarah (Pembangunan Kemahiran) Kementerian Sumber Manusia, Dr Phang Chow Leong dan Pengerusi MyCenTHE, Prof Madya Dr Wong Kong Yew.

Mohamed Khaled berkata, kejayaan awal EPP10 dan MyCenTHE ini dibuktikan dengan perjanjian persefahaman (MoA) yang berjaya ditandatangani oleh USCI dengan IPT lain dengan pelbagai hotel bertaraf lima bintang di Kuching, Sarawak. 

Melalui perjanjian itu, pihak industry bersetuju menyediakan peluang latihan kepada pelajar, dan membayar elaun penuh kepada pelajar yang menjalani latihan di hotel mereka, serta jaminan ditawarkan kerja bersesuaian kepada pelajar yang layak.