Friday, April 12, 2013

ASRAMA POLITEKNIK DITAMBAH



PUTRAJAYA 25 Mac - Kadar penginapan pelajar politeknik di dalam kampus bakal ditingkatkan kepada 45 peratus dalam tempoh dua setengah tahun dari sekarang selepas beberapa projek pembinaan infrastruktur disiapkan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pada masa kini hanya kira-kira 30 peratus pelajar politeknik menetap di asrama manakala selebihnya menyewa di luar kampus.Katanya, pihak kementerian sentiasa ber usaha menyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar, bagaimanapun tertakluk kepada kemampuan kewangan.

"Pembinaan projek secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI) merupakan usaha pihak kementerian untuk meningkatkan penginapan pelajar politeknik sedikit demi sedikit. "Sudah menjadi keutamaan setiap tahun pihak kementerian akan cuba meningkatkan jumlah kediaman," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian konsesi cadangan pembangunan asrama pelajar untuk tujuh politeknik melalui kaedah PFI antara pihak kementerian dengan syarikat Konsortium PAE Sepakat Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor dan Pengerusi Konsortium PAE Sepakat, Abu Bakar Ismail yang menjadi wakil menandatangani perjanjian untuk kedua-dua pihak.  Melalui perjanjian tersebut, Konsortium PAE Sepakat akan membangunkan infrastruktur blok asrama, kafetaria, pencawang elektrik, rumah sampah dan pondok pengawal. Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, melalui kaedah PFI, konsortium berkenaan diberikan tanggungjawab membina dan menyenggara asrama untuk 10,000 pelajar di tujuh politeknik.

Beliau berkata, tempoh pembinaan untuk keseluruhan projek bernilai RM288 juta itu memakan masa selama dua setengah tahun dan untuk penyenggaraan mengambil masa 20 tahun. "Projek ini membabitkan pembinaan asrama untuk masing-masing 1,000 pelajar di Politeknik Port Dickson, Politeknik Seberang Perai, Politeknik Sultan Ibrahim, Pasir Gudang dan seramai 2,500 pelajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. "Sementara itu, 1,500 pelajar masing-masing di Politeknik Kota Bharu, Politeknik Jeli dan di Politeknik Banting," katanya.
ASRAMA POLITEKNIK DITAMBAH

Tuesday, September 27, 2011

PUSAT SEHENTI PELANCONGAN DAN HOSPITALITI


Industri pelancongan dan hospitaliti Malaysia bakal melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran berikutan wujudnya Pusat Pendidikan Pelancongan dan Hospitaliti ( MyCenTHE ) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Universiti UCSI, baru-baru ini.

Pusat sehenti yang dikendalikan sepenuhnya UCSI menyediakan program berasaskan pekerjaan sebenar melalui kerjasama strategic dengan industry pelancongan utama di Malaysia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, berkata penubuhan MyCenTHE adalah inisiatif KPT melalui Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Nasional (PSPTN) bagi menyediakan latihan yang bersesuaian dengan pelajat institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum mereka menamatkan pengajian.

“Pemilihan UCSI bagi menerajui MyCenThe ini bertepatan memandangkan mereka memiliki kebolehan dan infrastruktur yang bersesuaian. Apatah lagi, fasa pertama Bandar pendidikan mereka di Bandar Springhill, Port Dickson akan siap tahun depan. MyCenTHE yang diletakkan dibawah cluster Projek Pengajian Tumpuan 10 (EPP 10) bukan saja menyediakan latihan secukupnya kepada pelajar bahkan member mereka peluang mendapat ganjaran setimpal bagi meningkatkan status social mereka”, katanya ketika melancarkan MyCenTHE di Putrajaya, baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Pengerusi Kumpulan UCSI, Datuk Peter Ng; Ketua Pengarah (Pembangunan Kemahiran) Kementerian Sumber Manusia, Dr Phang Chow Leong dan Pengerusi MyCenTHE, Prof Madya Dr Wong Kong Yew.

Mohamed Khaled berkata, kejayaan awal EPP10 dan MyCenTHE ini dibuktikan dengan perjanjian persefahaman (MoA) yang berjaya ditandatangani oleh USCI dengan IPT lain dengan pelbagai hotel bertaraf lima bintang di Kuching, Sarawak. 

Melalui perjanjian itu, pihak industry bersetuju menyediakan peluang latihan kepada pelajar, dan membayar elaun penuh kepada pelajar yang menjalani latihan di hotel mereka, serta jaminan ditawarkan kerja bersesuaian kepada pelajar yang layak.